Penganjur RXZ Members 7.0 akui kesilapan, sedia temui kerajaan Negeri Terengganu

Penganjur RXZ Members 7.0 akui kesilapan, sedia temui kerajaan Negeri Terengganu

Penganjur Himpunan RXZ Members 7.0 akhirnya tampil mengakui kekhilafan berhubung isu jemputan rasmi kepada kerajaan negeri sepanjang acara berlangsung dan bersedia mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Penganjur RXZ Members 7.0 akui ada kelemahan dari pihaknya

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pengarah program, Mohd Lukhman Hassan menyatakan pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan berjanji akan menambah baik penganjuran pada masa akan datang.

“Kami akan bertemu pihak kerajaan negeri untuk berbincang. Memang ada kelemahan di pihak kami, khususnya melibatkan jemputan kerana pada peringkat awal ia dibuat hanya kepada penaja. Bagaimanapun, kami sedia memperbetulkan keadaan ini,” katanya.

RXZ Members

Penganjur RXZ Members 7.0 terbuka kerjasama dengan kerajaan negeri

Beliau turut menjelaskan penganjur terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan acara itu terus memberi manfaat kepada masyarakat.

“Insya-ALLAH tahun depan kita harap penganjuran akan lebih tersusun dengan penglibatan pelbagai pihak,” ujarnya.

Himpunan catat kehadiran lebih kurang 150,000 peserta

Acara yang berlangsung selama dua hari di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak itu mencatat kehadiran sekitar 150,000 peserta, menjadikannya antara edisi paling besar dan berjaya setakat ini.

Mohd Lukhman yakin RXZ Members akan terus kekal dianjurkan di Terengganu selagi mendapat sambutan daripada komuniti motosikal dua lejang.

Menyentuh mengenai peruntukan RM300,000 yang diumumkan kerajaan Pusat, beliau menegaskan dana itu akan disalurkan sepenuhnya untuk peserta.

“Peruntukan ini bukan untuk penganjur, sebaliknya dimanfaatkan bagi faedah peserta.
“Namun, bentuk agihan masih dalam perbincangan kerana program kali ini berjalan padat dan kita belum putuskan lagi bagaimana cara agihan peruntukan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, , Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu hantarannya di Facebook memohon maaf kerana tidak dapat menyertai himpunan tersebut pada tahun ini.

Artikel lain: Hujan bukan penghalang! Puluhan ribu peserta banjiri RXZ Members 7.0 bersama Ustaz Azhar Idrus

Beliau mendakwa tidak dijemput untuk ke sana dan seakan mengaitkan isu politik menjadi punca dirinya tidak dapat meraikan para pengunjung di perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak itu.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Scroll to Top