Pengarang Buletin TV9 Nur Hanim Abdullah meninggal dunia

Pengarang Buletin TV9 Nur Hanim Abdullah meninggal dunia

Kuala Lumpur: Pengarang Buletin TV9 di Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Nur Hanim Abdullah, 45, menghembuskan nafas terakhir di Alor Setar, Kedah, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia, 1.45 tengah hari tadi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat kanser.

Allahyarham memiliki lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Allahyarham mula berkhidmat di NTV7 pada tahun 2004 selaku wartawan dan penolong penerbit, sebelum bertugas sebagai penerbit dan pengarang Buletin TV9.

Sepanjang kariernya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan komited dengan tugas diberikan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah keluarganya di Taman Golf, Alor Setar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top