Siapa je yang tak kenal Marrybrown, sebuah jenama terkemuka di Malaysia yang menghidangkan menu ikonik seperti Nasi Lemak Marrybrown, Ayam Goreng Marrybrown, Tower Burger, dan Fish n’ Chips.
Marrybrown yang sudah beroperasi sejak tahun 1981 ini semestinya telah mencipta pelbagai memori manis serta membawa semangat kebersamaan bukan saja pada rata-rata keluarga, malah bangsa juga tau.
Tahun ini, mereka menyambut ulang tahun ke-45, menjadikan mereka bukan setakat OG di pasaran Malaysia, malah perintis.
Jujur cakap, untuk sesebuah perniagaan bertahan selama 4 dekad dan perlu melalui pelbagai krisis ekonomi dan persaingan sengit, memang tak disangkal lagi, mereka mempunyai tapak yang sangat kukuh dalam hati rakyat Malaysia.
Berjaya Tebusi Pasaran Global, Bukti Jenama Malaysia Juga Mampu Terbang Tinggi
Bagi membuktikan lagi bahawa jenama Malaysia juga mampu berjaya ke peringkat global, Marrybrown telah membuka lebih 500 cawangan di 16 buah negara antaranya seperti China, India, Dubai dan Sweden tau. Banyak kan?
Haa, mesti korang tertanya-tanya, bagaimana mereka mampu untuk membuka banyak cawangan di peringkat global ni betul tak?
Jawapannya, mereka kekal komited dengan sentiasa mementingkan kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai yang berbaloi. Sebab itulah ramai orang percaya dengan Marrybrown!
Dipercayai Ramai, Usaha & Kegigihan Akhirnya Diiktiraf
Untuk berada di kedudukan sekarang, semestinya banyak usaha dan kegigihan yang mereka lakukan.
Dari Malaysia ke pasaran global, pencapaian ini mencerminkan dedikasi setiap kakitangan, rakan kongsi serta pelanggan mereka yang selama ini sentiasa memberikan sokongan padu.
Dalam masa sama, Marrybrown akan terus berinovasi dan berkembang agar dapat menyumbang semula kepada masyarakat yang sentiasa menjadi tulang belakang mereka, serta menjadi jenama yang boleh membuatkan rakyat Malaysia banggakan.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Marrybrown, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




