Pengembaraan Belon Lanun 2025 ceriakan musim cuti sekolah

Pengembaraan Belon Lanun 2025 ceriakan musim cuti sekolah

PENGANJURAN Ahoy & Afloat: Pengembaraan Belon Lanun 2025 di Quill City Mall KL bakal kembali menceriakan musim cuti persekolahan anak-anak.

Sebelum ini Festival Belon Penjelajah Angkasa 2023 dan Festival Belon Rakan Dino Cilik 2024 telah membawa pengunjung menelusuri lautan luas bersama dunia lanun yang menyeronokkan sebagai penutup kepada trilogi pengembaraan selama tiga tahun.

Quill City Mall KL dalam satu kenyataan berkata, bermula 23 Mei hingga 8 Jun 2025, pusat membeli-belah itu akan bertukar wajah menjadi dunia lanun yang penuh warna-warni dengan suasana interaktif khas buat seisi keluarga.

Menurutnya, festival tahun ini mengetengahkan tema pengembaraan laut dalam dengan membawa mesej utama mengajak pengunjung menghargai alam sekitar sambil mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

“Selepas kejayaan Festival Belon Penjelajah Angkasa 2023 dan Festival Belon Rakan Dino Cilik 2024, festival edisi 2025 ini akan membawa pengunjung menelusuri lautan luas bersama dunia lanun yang menyeronokkan.

“Antara tarikan yang disediakan termasuk arca belon bersaiz besar seperti kapal lanun, gurita gergasi, Qutie Sea Monster, Belon Udara Panas, Zon permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak bawah 12 tahun secara percuma.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga atau orang tersayang sepanjang acara tersebut berlangsung di Quill City Mall KL.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga atau orang tersayang sepanjang acara tersebut berlangsung di Quill City Mall KL.

“Festival ini direka khas untuk menggalakkan pergerakan, permainan aktif dan interaksi keluarga sejajar dengan misi gaya hidup sihat serta ceria oleh Quill City Mall KL,”katanya baru-baru ini.

Selain daripada itu, terdapat empat aktiviti percuma yang menyeronokkan menanti pengunjung seperti Larian & Gelongsor Lanun, Cabaran Lempar Gelang Kapten Hook, Cabaran Bina Kapal Lanun dan Bengkel Membentuk Lanun.

Menurut Quill City Mall KL, mereka akan memperkenalkan pelbagai program harian menarik dan mesra keluarga untuk bersantai, berhibur dan mengisi masa berkualiti bersama tersayang, termasuk golongan profesional.

Jelasnya, festival tersebut merupakan manifestasi dalam menyumbang semula kepada masyarakat selain menjanjikan keriangan buat kanak-kanak dan detik indah bersama keluarga serta platform sokongan bagi memajukan usahawan tempatan Malaysia.

“Quill City Mall KL amat menghargai sokongan semua pihak termasuk media, rakan niaga, penyewa dan orang awam yang sentiasa bersama kami sepanjang acara belon tiga tahun berturut-turut ini.

“Jangan lepaskan peluang menyertai pengembaraan terakhir dan paling istimewa dalam siri Festival Belon Quill City Mall KL. Bawa keluarga dan sahabat handai dan cipta kenangan manis yang akan kekal di hati anda,” katanya.

Scroll to Top