Pengerusi Kumpulan MPB beramah mesra dengan warga kerja NCA, MPB

Pengerusi Kumpulan MPB beramah mesra dengan warga kerja NCA, MPB

Kuala Lumpur: Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, mengadakan sesi ramah mesra bersama kakitangan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa (NCA), MPTN, di sini, hari ini.

Ia sempena operasi NCA di Balai Berita Bangsar yang bermula bulan lalu.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MPB, Rosli Sabarudin; Pengarah Kumpulan Sumber Manusia MPB, Nor Arzlin Redzwan; dan Pengarang Urusan Kumpulan Berita MPB, Jasbant Singh.

Pada sesi berkenaan, Syed Hussian menyampaikan penghargaan berhubung peranan dan kepentingan setiap kakitangan dalam bersama-sama memajukan Media Prima.

“Pertemuan ini sangat penting untuk saya kerana saya ingin berinteraksi bersama semua kakitangan supaya saya dapat memahami operasi kerja yang dijalankan di sini,” katanya.

Beliau juga berhasrat untuk lebih mendekati kakitangan supaya dapat membantu dalam pembangunan karier serta menyelesaikan isu berhubung operasi di MPB.

Selain berkongsi pengalamannya sepanjang berkecimpung dalam industri, beliau juga menekankan kepentingan sinergi dan kerjasama dalam kalangan warga kerja.

Selepas sesi taklimat, kira-kira 1,000 aiskrim pulut percuma disajikan oleh Pengerusi Kumpulan MPB kepada warga kerja.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top