Pengerusi PN baharu dari PAS – Takiyuddin

Pengerusi PN baharu dari PAS – Takiyuddin

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: PAS tetap mahu menerajui Perikatan Nasional (PN) walaupun berlaku kemelut dalam BERSATU.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata calon bagi lantikan jawatan itu sudah ada dan akan diputuskan Ahad ini.

“Kita sudah bersetuju untuk terajui PN dan pengerusi yang baharu adalah dari PAS. Malah, perkara ini juga sudah dipersetujui parti komponen lain dalam PN.

“Sebelum ini memang ada mengatakan terdapat parti yang tidak bersetuju pelantikan pengerusi dari PAS, namun perkara itu tidak berbangkit apabila kesemua sudah bersetuju dengan pelantikan pengerusi daripada PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina di kediaman Presiden Gabungan Pertubuhan Tionghwa Datuk Oie Poh Choon di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Takuyuddin berkata, calon Pengerusi PN dari parti itu sudah ada dan akan dikemukakan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) PN di Kuala Lumpur, Ahad ini.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga Timbalan Setiausaha Agung PN berkata, mesyuarat khas luar biasa bagi pelantikan Pengerusi PN yang baharu ditetapkan Ahad ini.

Katanya, mesyuarat itu membabitkan dua agenda iaitu penerimaan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelantikan pengerusi yang baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top