Pengguguran sebagai ahli PAS: Fakhrul Anwar pertimbang ambil tindakan undang-undang

Pengguguran sebagai ahli PAS: Fakhrul Anwar pertimbang ambil tindakan undang-undang

am@hmetro.com.my

Kangar: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung pemberhentian keahliannya dalam PAS.

Bekas Setiausaha PAS Perlis itu bagaimanapun tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan media berkenaan sebarang tindakannya itu sebaliknya hanya memberitahu ‘dalam pertimbangan’ ketika ditanya media.

“Dalam pertimbangan,” katanya ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

Selain itu juga, dua lagi bekas Adun PAS yang diberhentikan keahlian adalah Saad Seman (DUN Chuping) dan Mohd Ridzuan Hashim (DUN Guar Sanji) bagaimanapun tidak diketahui sama ada akan mengambil tindakan yang sama.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Menteri Besar Perlis berkata, pihaknya kini sedang menanti sama ada bekas ADUN berkenaan akan cuba membawa keputusan itu ke mahkamah untuk dicabar bagi mempertahankan kedudukan mereka sebagai ADUN di tiga kawasan DUN itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top