Drypers Malaysia dengan bangganya mengumumkan penutupan rasmi Peraduan Gaji Sepanjang Tahun 2025, yang telah menerima sambutan luar biasa daripada keluarga di seluruh Malaysia.
Sepanjang tempoh peraduan selama 13 minggu, seramai 918 pemenang bertuah telah dipilih, menjadikan kempen ini sebagai salah satu yang paling berjaya dan mendapat penyertaan tertinggi dalam sejarah Drypers setakat ini.
Pemenang Mingguan & Hadiah Utama

Dalam tempoh tiga bulan kempen berlangsung, seramai 70 pemenang dipilih setiap minggu, membawa kegembiraan dan keterujaan kepada ratusan isi rumah yang menyertai peraduan ini.
Kempen ini mencapai kemuncaknya apabila tiga (3) pemenang Hadiah Utama dan lima (5) pemenang Hadiah Kedua diraikan secara rasmi dalam sebuah majlis penyampaian hadiah istimewa yang berlangsung di ibu pejabat Vinda Malaysia, Bukit Raja, Klang pada 9 Jun 2025.
Sambutan Seluruh Negara
Para pemenang hadir dari pelbagai negeri termasuk Selangor, Kelantan, Johor, dan Melaka, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara Drypers dengan semua keluarga di Malaysia.
Kisah Pemenang: Setia Bertahun, Berbaloi Menang

Puan Lim Phooi Yan, salah seorang pemenang Hadiah Utama yang membawa pulang RM61,200, meluahkan keterujaannya sebaik sahaja mengetahui tentang kemenangan tersebut.
Beliau mula menggunakan jenama Drypers sejak lima tahun lalu, selepas menerima sampel Drypers Touch. Sejak itu, beliau kekal setia kerana lampin Drypers mampu bertahan sepanjang malam tanpa menyebabkan kegatalan pada kulit bayinya.
“Saya tengah beli lampin di pasar raya dan ternampak peraduan ini — jadi saya cuba nasib,” katanya sambil tersenyum.
Setia Lebih 7 Tahun, Menang Besar

Salah seorang pemenang Hadiah Kedua, Puan Nur Farhanah Binti Mohd Yusoff, membawa pulang RM36,000 dan turut berkongsi kisah pengalamannya.
“Saya telah menggunakan Drypers lebih tujuh tahun, dari anak kedua hingga sekarang anak ketiga. Apa yang saya paling suka, lampin Drypers ringan dan tetap kering walaupun selepas digunakan — bayi saya kekal selesa tanpa sebarang iritasi,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, kemenangan itu benar-benar mengejutkan:
“Saya memang tak sangka boleh menang. Saya cuma hantar resit sebab memang saya pengguna setia Drypers.”
Menerusi Drypers Baby Club, Drypers sentiasa menghargai kesetiaan ahli dengan pelbagai ganjaran seperti penebusan mata ganjaran, peraduan eksklusif dan tawaran menarik sepanjang tahun, menunjukkan komitmen yang berterusan daripada Drypers sebagai rakan setia dalam setiap perjalanan keibubapaan.
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.