Oh! Tidak
Penghantar barang disambung reman hingga 23 Jun bagi bantu siasatan kes dompet wanita China didakwa hilang RM10,000.
Kes dompet berisi wang tunai RM10,000 yang tular sebelum ini nampaknya belum selesai lagi. Terbaharu, seorang penghantar barang yang sebelum ini dikaitkan dengan penyerahan semula dompet milik wanita warga China disambung reman hingga 23 Jun ini.
Menurut polis, sambungan reman itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang tunai dalam dompet berkenaan hilang. Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Penghantar barang disambung reman

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan lelaki berkenaan disambung reman bagi membantu siasatan lanjut.
Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selepas isu tersebut tular di media sosial.
Setakat ini, siasatan masih berjalan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat andaian melampau sebelum keputusan rasmi dibuat pihak berkuasa.
Dompet didakwa tanpa wang tunai

Sebelum ini, seorang wanita warga China mendakwa kehilangan dompet ketika berada di sebuah pasar raya di Semenyih. Dompet itu dikatakan mengandungi wang tunai RM10,000 sebelum diserahkan semula oleh seorang lelaki.
Bagaimanapun, isu mula menjadi perhatian apabila dompet tersebut didakwa diterima semula dalam keadaan tanpa wang tunai berkenaan.
Terdahulu, tular video memaparkan wanita warga China itu bertemu dengan seorang lelaki berhubung kehilangan dompet terbabit. Dalam video berkenaan, lelaki tersebut menafikan mengambil wang tunai itu dan mendakwa dia datang hanya untuk menyerahkan semula beg duit berkenaan.
Kes ini kemudian mencetuskan pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi apabila jumlah wang tunai yang didakwa hilang bukan sedikit.
Pssttt! Dalam kes macam ni, eloklah kita beri ruang kepada pihak polis untuk siasat sampai habis. Jangan terlalu cepat menghukum mana-mana pihak, sebab yang tular belum tentu cerita penuh. Kita tunggu keputusan rasmi, baru boleh nilai dengan lebih adil.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




