“Pengorbanan Besar Buat Wanita Yang Pertama Kali Berumah Tangga” – Watie

“Pengorbanan Besar Buat Wanita Yang Pertama Kali Berumah Tangga” – Watie

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata keputusan penyanyi Amira Othman berkahwin dengan Fattah Amin yang mempunyai anak adalah pengorbanan besar.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Watie dilihat ada memuat naik gambar perkahwinan pasangan itu bersama Fatima serta kagum dengan ketelusan Amira.

BACA: Watie Betulkan Gigi, Dedah Suami Seorang Yang Cerewet

“Pengorbanan yang besar buat seorang perempuan yang pertama kali berumah tangga.

“Insya-Allah, Allah nampak, Allah menilai dan pandangan Allah lebih besar nikmatnya untuk pengorbanan yang dia lakukan,” tulisnya.

Sementara itu, Watie yang turut melalui pengalaman sama meluahkan rasa sayang terhadap Amira yang dilihat ikhlas menyayangi anak tirinya.

“Terasa sayang dengan dia dan hatinya @ amiraothman,” tulisnya.


Scroll to Top