Penguat kuasa tahan 82 individu

Penguat kuasa tahan 82 individu

luqman.arif@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seramai 82 individu ditahan dan semuanya dikenakan kompaun, semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) .

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 21 individu diambil tindakan kerana tidak memakai pelitup muka, disusuli gagal merekodkan butiran diri dan daftar masuk premis (15), tiada penjarakan fizikal (14), aktiviti pusat hiburan (dua) dan lain-lain (30).

Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) semalam menangkap tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat.

“Sebanyak 169 bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan. Enam PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top