“Pengumuman Buktikan Kepekaan Kerajaan MADANI”- Fahmi Fadzil

“Pengumuman Buktikan Kepekaan Kerajaan MADANI”- Fahmi Fadzil

Oh! Negara

Fahmi Fadzil tegaskan langkah baharu PM bukti Kerajaan MADANI peka pada rakyat.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyambut baik pengumuman langkah-langkah baharu oleh Perdana Menteri yang menurutnya menunjukkan kepekaan sebenar kerajaan terhadap keperluan rakyat ketika ini.

Menurut Fahmi, langkah itu bukan sekadar satu bentuk bantuan, tapi juga isyarat jelas bahawa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan bersungguh-sungguh mahu meringankan beban kos sara hidup yang makin mencabar.

BACA: Anwar Ibrahim Umum Bantuan Untuk Rakyat, RON95 Turun 6 Sen Dan Banyak Lagi!

Pengumuman ini membuktikan kepekaan Kerajaan MADANI terhadap denyut nadi rakyat serta komitmen untuk meringankan beban melalui pelbagai bentuk bantuan.- Katanya dalam kenyataan rasmi.

Fahmi Fadzil anggap pengumuman Anwar Ibrahim jadi pemangkin kestabilan ekonomi negara…

Fahmi fadzil anwar

Fahmi turut menegaskan bahawa pendekatan kerajaan ini bukan dibuat secara semberono. Segala langkah yang diambil adalah hasil perbincangan dan pertimbangan teliti, berlandaskan prinsip keadilan sosial serta kemampanan ekonomi jangka panjang.

Pendekatan ini bukan hanya memberi kelegaan, malah akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan daya tahan fiskal negara.- Jelasnya.

Apa yang dilakukan kerajaan hari ini, menurut beliau, bukan hanya untuk sekarang, tapi demi memastikan negara lebih kukuh dalam menghadapi cabaran global akan datang.

Seru rakyat semarakkan semangat patriotik…

Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), Fahmi juga menyeru semua rakyat Malaysia agar lebih menghargai nikmat kemerdekaan.

Inilah masanya untuk kita bersatu hati dan jiwa, menghargai nikmat kemerdekaan, dan bersama-sama menyumbang kepada kemakmuran negara.- Katanya lagi.

Beliau percaya, perpaduan dan semangat patriotisme adalah asas penting yang perlu diperkukuh untuk memastikan Malaysia terus melangkah maju.

Fokus kepada RMK13 dan Belanjawan MADANI..

Dalam kenyataan sama, Fahmi turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memacu agenda pembangunan yang lebih inklusif dan mampan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta Belanjawan Malaysia MADANI yang sedang digarap.

Usaha ini katanya bukan retorik, sebaliknya merupakan komitmen tulen kerajaan untuk memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Pssttt! Ohmedia suka dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang bukan sahaja prihatin, tapi juga bertindak dengan strategi jangka panjang demi kesejahteraan rakyat. Korang sebagai rakyat pun jangan duduk diam je, kita kena ambil tahu dan manfaatkan segala bantuan yang diberikan. Kalau semua main peranan, barulah negara makin kukuh dan makmur!

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top