KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu pengumuman khas jam 5.30 petang ini.
Pengumuman khas program Pemerkasa itu dijangka merangkumi insentif dan inisiatif terbaharu daripada kerajaan untuk mengharungi penularan pandemik Covid-19.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran-saluran televisyen utama dan juga portal MalaysiaGazette.- MalaysiaGazette