Pengumuman PM Anwar: Alhamdulillah, yang perlu mesti rasa bersyukur – Rakyat

Pengumuman PM Anwar: Alhamdulillah, yang perlu mesti rasa bersyukur – Rakyat

Sejak 2023, negara di ambang peralihan besar berpandukan kerangka Ekonomi MADANI yang berfokus memperkasa rakyat. Ia lahir daripada kesedaran mendalam untuk memperbetul kepincangan struktur dengan menaikkan siling dan lantai berteraskan tatakelola baik dalam pentadbiran.

Pengumuman Anwar, rezeki buat rakyat

Pengumuman Anwar, rezeki buat rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh rasa tanggungjawab telah mengumumkan beberapa ikhtiar hari ini bagi meringankan beban sara hidup yang menjadi sebagai sebahagian penghargaan dan meraikan rakyat.

Enam indikator telah dikemukakan oleh Anwar merangkumi pelbagai aspek serta mengutamakan kebajikan rakyat agar terus terpelihara.

Perkara pertama yang dimaklumkan adalah SARA untuk semua iaitu bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 sekali gus merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.

Pengumuman Anwar, rezeki buat rakyat

Kedua, penghargaan sempena Hari Malaysia,  iaitu pada 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

Ketiga, memperbanyak Jualan Rahmah MADANI yang memperuntukkan peningkatan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta.

Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat.

Keempat, kadar tol kekal melibatkan 10 lebuh raya yang dijadual untuk kenaikan kadar sepertimana perjanjian. Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta. Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Pengumuman Anwar, rezeki buat rakyat

Kelima, bil eletrik turun mulai bulan ini dengan sebanyak 85% pengguna domestik bakal menikmati penurun bil eletrik bagi penggunaan yang sama ketimbang separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14%.

Keenam, subsidi petrol RON95 dimana kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan tersebut dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.

Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter, ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

Artikel lain: Bakal diumumkan esok, PM Anwar harap penghargaan luar biasa beri manfaat buat rakyat

Sehubungan itu, rakyat menyambut baik hasrat Anwar dalam memperkasakan ekonomi negara yang lebih mampan di samping menjaga kebajikan rakyat sebagai perkara yang utama.

Bukan itu sahaja, rata-rata turut mengucapkan terima kasih kerana prihatin akan nasib mereka yang sering terhimpit dengan kos sara hidup selain mengakui pengumuman itu merupakan satu berita gembira serta cukup luar biasa.

Yang perlu mesti raya bersyukur

Benda baik kita terima

Berjaya atasi ekonomi global

Scroll to Top