Pengurus Dedah Keadaan Terkini Fazura, Mengaku Fattah Amin Tak Pernah Kongsi Hal Peribadi – “Kalau Dia Tanya Mungkin Saya Akan Bantu”

Pengurus Dedah Keadaan Terkini Fazura, Mengaku Fattah Amin Tak Pernah Kongsi Hal Peribadi – “Kalau Dia Tanya Mungkin Saya Akan Bantu”

Pengurus Fazura, Iman Tang memaklumkan bahawa pelakon Fattah Amin tidak pernah meminta nasihatnya berhubung masalah rumah tangga sebaliknya hanya bertanyakan mengenai hal pekerjaan sahaja.

Katanya memetik laporan Harian Metro, selepas permohonan cerai dibuat, Fattah tidak menghubunginya atau meminta sebarang nasihat berkaitan isu tersebut.

“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat berkaitan kerja.

“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu,” katanya.

Terkesan dengan apa yang berlaku, Iman mendedahkan bahawa Fazura juga amat sedih dengan dugaan yang menimpa rumah tangganya bersama Fattah.

Bahkan, hampir setiap malam aktres itu menangis dan meluahkan isi hatinya.

“Fazura bersedih dan hampir setiap malam dia menangis.

“Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan kesedihannya itu.

“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku.

“Tapi saya tahu dia kuat. Tapi apabila dia menelefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia dapat kelegaan, jangan tertekan dan pendam perasaan,” kongsinya.

Terdahulu, Iman tampil menjawab spekulasi mengenai tindakan aktres itu hadir ke mahkamah bersama lima pengawal peribadi pada Rabu.

Katanya, itu adalah kebiasaan Fazura apbil adia hadir pada mana-mana acara memandangkan sebelum ini dia pernah dikasari peminat.

“Dia pernah dikasari peminat dan itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah pengawal peribadi.

“Saya sebagai pihak pengurusan memang benarkan sahaja permintaan itu sebab pernah ada kejadian orang kurang sopan datang untuk bergambar tetapi ambil kesempatan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Perjelas Sebab Nur Fazura Upah Lima Pengawal Peribadi, Bimbang Kejadian Dikasari Peminat Berulang – “Tak Perlu Jadikan Isu” 

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top