Pengurus Fazura, Iman Tang mengatakan Fattah Amin tidak pernah menghubungi untuk meminta nasihat tentang rumah tangga kedua-dua pasangan artis itu.
Iman juga memaklumkan kali terakhir Fattah hubungi beliau 3 bulan lepas untuk meminta nasihat berkaitan kerja.
Kali terakhir perbualan di telefon adalah tiga bulan lalu kalau tidak silap saya. Tapi tidak bercakap mengenai Fazura. Dia minta nasihat kerja.
Selain itu, Iman juga berasa sedih kerana melihat masjid yang dibina 2 pelakon tersebut runtuh dan minta semua doakan yang baik-baik.
Untuk pengetahuan korang, sebutan kes penceraian Fattah dan Fazura ditangguhkan selepas pelakon itu masih sayangkan isterinya dan belum sedia untik berpisah.




