Trending
Shila Amzah didakwa diserang artis legenda ketika sound check konsert MR.DIY. Pengurus mohon maaf, tiada kenyataan dibuat atas nasihat polis.
Selepas dakwaan mengejut bahawa Shila Amzah telah diserang oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi ‘sound check’ Konsert Ulang Tahun ke-20 MR.DIY, ramai pihak media tampil mendapatkan penjelasan daripada pihak penyanyi itu.
Menurut laporan Astro Gempak, pengurus Shila, Aini Shuhaidah memaklumkan bahawa Shila tidak dapat memberi sebarang kenyataan buat masa ini atas nasihat pihak polis.
Kami minta maaf kerana Shila tidak dapat memberi sebarang kenyataan malam ini atas nasihat pihak polis.
Hormati polis dan penganjur, fokus pada profesionalisme

Aini turut menjelaskan bahawa Shila memilih untuk menghormati penganjur acara, memandangkan konsert tersebut melibatkan banyak pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya.
Kami juga mahu menghormati pihak client dan penganjur majlis malam ini. Insya-Allah bila dah ready kita set interview ye.
Kes dalam siasatan, siapa penyanyi lagenda dimaksudkan?

Sebelum ini, Shila mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi legenda tanah air dalam kejadian yang berlaku ketika persiapan konsert di Stadium Merdeka.
Difahamkan, Shila sudah pun membuat laporan polis, dan kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Barisan penyanyi lain yang turut membuat persembahan pada malam tersebut termasuk Datuk Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari mana-mana pihak lain setakat ini.
Pssttt! Dalam apa jua situasi, utamakan profesionalisme dan biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil. Jangan terburu-buru menilai tanpa fakta yang lengkap.
Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



