Pengurus taman rekreasi halau pelancong Israel

Pengurus taman rekreasi halau pelancong Israel
Pengurus Taman Rekreasi Tyrovol bertindak menghalang kemasukan kumpulan pelancong Israel tersebut. Foto Agensi

Pengurus Taman Rekreasi Tyrovol bertindak menghalang kemasukan kumpulan pelancong Israel tersebut. Foto Agensi

TOULOUSE – Seorang lelaki di Perancis berdepan siasatan hanya kerana bertindak tegas mengusir kumpulan pelancong Israel dari taman rekreasi yang diuruskannya.

Pendakwa raya pada Sabtu memaklumkan pengurus Taman Rekreasi Tyrovol di Porte-Puymorens di barat Pyrenees berhampiran Perpignan itu telah dibebaskan setelah dia ditahan sejak Khamis lalu atas tuduhan melakukan diskriminasi.

“Dia mengaku menghalau kumpulan terdiri daripada kira-kira 150 kanak-kanak dan remaja tersebut atas pendirian peribadinya meskipun mereka sudah membuat tempahan lebih awal,” ujar pendakwa raya.

Difahamkan, individu berusia 52 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp berundur daripada kerajaan sementara selepas pemerintah didakwa menolak untuk mengenakan langkah tambahan terhadap Israel berhubung pelan jahat untuk menguasai Genting Gaza dan Tebing Barat.

Sentimen anti-Yahudi dilaporkan semakin meningkat dan mencapai titik tertinggi di rantau Eropah sejak perang genosid di Gaza tercetus pada Oktober 2023 setelah sebahagian besar komuniti di blok berkenaan menzahirkan solidariti dengan penduduk Palestin. – Agensi

Scroll to Top