am@hmetro.com.my
Bachok: Pengusaha spa yang disimbah asid oleh individu menyamar sebagai pelanggan wanita, malam tadi, kini menjalani pembedahan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.
Suaminya, dikenali sebagai Wan, 33, ketika dihubungi berkata, beliau meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya yang kini dalam keadaan serius akibat kecederaan dialami.
Beliau dan keluarga juga berharap suspek yang melakukan jenayah itu dapat ditangkap secepat mungkin.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam tadi, mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai diserang seorang wanita berpurdah dan bertopeng yang datang ke premisnya di Beris Kubur Besar di sini, kononnya untuk mendapatkan rawatan urut.
Kejadian itu turut disaksikan anak perempuan mangsa yang berusia tujuh tahun, yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.
Maklumat awal mendapati suspek dipercayai terdiri daripada tiga hingga empat individu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




