Penjala ikan cedera di lengan, jari diserang buaya

Penjala ikan cedera di lengan, jari diserang buaya

am@hmetro.com.my

Setiu : Lelaki berdepan detik cemas apabila diserang seekor buaya ketika sedang menjala ikan di kawasan tasik di Kampung Jelapang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, serangan itu menyebabkan mangsa, Ahmad Khalid Ya, 50, cedera di lengan kanan serta jari tangan kiri.

Menurutnya, sepupu mangsa, Mohd Sabri Shamsudin, 38, membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sungai Tong, hari ini.

“Berdasarkan fakta kes, sepupu mangsa bersama dua ahli keluarganya termasuk lelaki itu pergi menjala ikan di tasik berkenaan pada 5.30 petang semalam.

“Ketika sedang menjala, mangsa diserang seekor buaya sebelum dikeejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini mangsa dalam keadaan sedar dan stabil.

“Buaya itu berjaya ditangkap orang kampung dibantu pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu semalam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top