Penjawat awam Pahang dapat bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,000

Penjawat awam Pahang dapat bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,000

Kuantan: Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang akan menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan itu bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut hari raya.

“Bantuan khas ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berharap pemberian itu dapat menyuntik semangat kepada warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top