Penjual ais krim maut ditimpa pokok tumbang

Penjual ais krim maut ditimpa pokok tumbang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Penjual aiskrim warga Kemboja maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Air Terjun Sungai Pandan, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.55 petang, dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pasukan bomba melakukan pemantauan kerana pokok tumbang itu sudah dibersihkan orang awam.

“Mangsa juga dikeluarkan oleh orang awam dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top