mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bertandang ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak dengan memakai jersi pasukan bola sepak adalah perkara biasa.
Namun, lain pula pada perlawanan membabitkan Selangor FC menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini, apabila terdapat puluhan penyokong tuan rumah hadir dengan memakai baju Melayu serta samping.
Walaupun sambutan Aidilfitri berbaki kira-kira tiga atau empat hari lagi, penyokong yang hadir di Stadium MBPJ terlebih dahulu beraya.
Suasana terbabit menghidupkan ‘aura’ Hari Raya bagi umat Islam selepas berpuasa.
Memakai baju Melayu di stadium boleh dikatakan agak pelik, namun kelainan ini sebenarnya ditampilkan oleh Selangor FC dengan mengajak penyokong mereka memakai pakaian tradisi itu sempena perlawanan terakhir Liga Super dalam bulan Ramadan.
© New Straits Times Press (M) Bhd