Nama penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani kembali menjadi sebutan penonton apabila tampil memegang watak hero untuk drama terbaharu yang berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta terbitan A Aida Production.
Menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini, akaun @miniredeyla memuat naik sedutan episod empat drama tersebut sehingga meraih sebanyak 281,500 tontonan dalam kalangan netizen.
@miniredeyla Epi 4 guys #bukanhanyasekadarcinta #aaidaproduction #akasiatv3
Ismail yang menjayakan watak sebagai Isa Rafael dilihat melakukan aksi romantis bersama Indah Kamelia, lakonan Sofia Dendroff dipercayai pada hari perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, ramai seolah-olah kurang bersetuju dengan pemilihan Ismail sebagai hero drama arahan Riza Baharudin itu kerana dianggap tidak sesuai.
Menjengah di ruangan komen, mereka berpendapat bahawa pelakon berusia 23 tahun itu dilihat terlalu muda dan ‘skema’ sehingga disamakan seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doremon.
@miniredeyla Epi 4 guys #bukanhanyasekadarcinta #aaidaproduction #akasiatv3
Namun begitu, terdapat juga segelintir individu menerima baik dengan menyifatkan kedua-dua watak drama berkenaan seperti Nobita dan Sizuka dalam kehidupan realiti.
Selain Ismail dan Sofia, Bukan Hanya Sekadar Cinta turut yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 turut dibintangi oleh Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Sumber: TikTok @miniredeyla