am@hmetro.com.my
Besut: Seorang pensyarah wanita kerugian RM 238,500 apabila menjadi mangsa pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, mangsa berumur 57 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam.
“Berdasarkan keterangan mangsa melayari laman sesawang akademi crypto currency Telegram mengenai
pelaburan yang memberi pulangan yang lumayan kira-kira jam 4.30 petang pada 31 Mei lalu.
“Mangsa mangsa tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan.
“Dia kemudian berhubung dengan suspek melalui “WhatsApp” yang berdaftar dengan nama invest 1,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, mangsa membuat 25 transaksi ke tujuh akaun bank tempatan antara 31 Mei 2025 hingga 16 Julai 2025.
“Namun mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan sehingga mangsa menyedari diperdaya.
“Siasatan mendapati nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM 238,500,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd