Penumpang berseluar dalam paksa pesawat mendarat cemas

Penumpang berseluar dalam paksa pesawat mendarat cemas
Penumpang berseluar dalam paksa pesawat mendarat cemas

Kelakuan aneh lelaki itu turut dikongsikan di platform X. Foto Agensi

BANGKOK – Sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas kerana gangguan seorang penumpang yang berbogel secara tiba-tiba.

Kejadian itu berlaku ketika penerbangan AirAsia tersebut dalam perjalanan dari Nha Trang, Vietnam ke Bangkok, Thailand pada Jumaat lalu.

Beberapa rangkaian media melaporkan lelaki bertutur dalam bahasa Rusia mula berkelakuan pelik tidak lama selepas pesawat berlepas.

Dia disyaki mabuk selepas turut mencabar beberapa kru kabin untuk bertumbuk.

“Dia ke tandas beberapa kali dan kelihatan gelisah. Beberapa penumpang lain cuba menenangkannya, namun dia berkeras mahu keluar dari pesawat.

“Lelaki itu kemudiannya menanggalkan pakaiannya dan berlari dalam pesawat sambil berteriak mahu keluar,” lapor media.

Rakaman yang menjadi tular di platform X menunjukkan lelaki itu hanya berseluar dalam ketika cuba membuka pintu pesawat.

“Dia mengugut mahu terjun dari pesawat jika kehendaknya untuk keluar tidak dipenuhi. Sejurus pesawat mendarat lelaki itu melompat serta-merta sebelum sempat tangga diletakkan.

“Lelaki itu mengalami kecederaan pada kaki dan ditahan pihak berkuasa Thailand ketika cuba melarikan diri,” jelas laporan itu lagi. – Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Pesawat terpaksa mendarat cemas kerana penumpang berbogel
  • Kejadian berlaku dari Nha Trang ke Bangkok
  • Penumpang lelaki bertutur Rusia berkelakuan pelik dan disyaki mabuk
  • Penumpang menanggalkan pakaian dan berusaha keluar dari pesawat
  • Lelaki itu lompat dari pesawat setibanya, alami kecederaan dan ditahan
Scroll to Top