Penunggang motosikal curi ditahan

Penunggang motosikal curi ditahan

faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penunggang motosikal selepas cuba melarikan diri di Taman Perindustrian Teras Seri Kembangan, dekat Kajang, hari ini.

Menerusi Ops Lejang Khas pada jam 5.30 petang, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan berbuat demikian kerana memiliki motosikal curi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pemeriksaan lanjut mendapati nombor pendaftaran motosikal Honda Ex5 itu palsu, selain mempunyai rekod kenderaan hilang di Cheras.

“Suspek dan motosikal itu dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan menyalurkan maklumat jenayah atau kemalangan di daerah ini kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang serta beri kerjasama kepada polis yang menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top