Penuntut hutang ditikam hingga mati, suspek serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sitiawan: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis dalam keadaan berlumuran darah dan membawa pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam rakannya hingga mati, hari ini.

Dilaporkan, kejadian berlaku di bengkel kenderaan di Jalan Raja Omar, Kampung Selamat pada jam 12.50 tengah hari dimana mangsa lelaki berusia 42 tahun maut ditikam di leher dan perut

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata suspek berusia 51 tahun itu menyerah diri di balai bersama adiknya bagi memaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.20 tengah hari.

“Mangsa seorang peniaga buah dikatakan datang ke bengkel suspek untuk menuntut hutangnya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

Katanya lagi “Mangsa dikatakan memukul suspek dan mencari pisau di bengkel itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Suspek mendakwa merampas senjata daripada mangsa sebelum menikamnya di leher dan perut,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Katanya lagi, lokasi kejadian bersebelahan dengan rumah keluarga suspek dan ketika kejadian adik lelakinya berusia 40-an yang berkerja di bengkel itu bersama anak lelaki mangsa berusia 15 tahun turut berada di lokasi.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan dan polis mengambil keterangan tiga saksi.

“Suspek dan adiknya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Malay News
Farah Fauzi