Seronok sangat berhibur sampai tak sedar diri! Itulah yang berlaku kepada sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didapati sedang khayal ketika sedang berpesta di private party.
Lapor Berita Harian, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah membuat serbuan di sebuah rumah banglo kira-kira jam 12.30 malam.
38 individu ditahan, termasuk warga asing

Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menahan seramai 38 individu terdiri daripada 25 warga tempatan dan 13 warga asing.
Kesemua mereka yang menghadiri party berusia antara 18 hingga 27 tahun dan majoritinya adalah pelajar IPTS.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlan Wan Mamat, pihak polis turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 25 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
Sebanyak 6.5 gram disyaki dadah jenis ganja dan 1.7 gram disyaki dadah jenis ketamin dirampas dalam serbuan itu.
Hasil ujian air kencing pula mendapati seramai sembilan warga tempatan dan tiga warga negara asing positif dadah.
Kesemua suspek kemudia ditahan untuk siasatan lanjut.
Pssttt! Sayang betul bila penuntut yang sepatutnya menimba ilmu terjebak dengan pesta liar dan dadah. Jangan sampai masa depan tergadai kerana keseronokan sementara.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




