Penuntut Kolej Ketengah lemas ketika mandi bersama 9 rakan

Penuntut Kolej Ketengah lemas ketika mandi bersama 9 rakan

am@hmetro.com.my

Dungun: Seorang penuntut Kolej Ketengah ditemukan lemas ketika mandi bersama sembilan rakannya di Sungai Loh, Jongok Batu, dekat sini, hari ini.

Mayat Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad, 19, penuntut Diploma Pengurusan Pelancongan Islam, ditemui jam 5.20 petang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Pegawai Bomba Kanan I, Kamal Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan jam 4.42 petang.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mangsa dikatakan ke kawasan sungai terbabit bersama sembilan rakan untuk mandi di situ.

“Bagaimanapun, mangsa disedari lemas oleh rakannya selepas terjun ke dalam sungai dan tidak timbul di permukaan air,” katanya.

Kamal Suhaimi berkata, anggota bomba melakukan pencarian di pesisir sungai sebelum mangsa oleh pasukan Bomba Sukarela di kawasan celahan batu dalam jarak 10 meter dari mangsa dilaporkan lemas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top