Penuntut Malaysia di UK disabitkan bersalah bunuh bayi

Penuntut Malaysia di UK disabitkan bersalah bunuh bayi

London: Seorang penuntut Malaysia disabitkan di United Kingdom (UK) atas kesalahan membunuh bayi yang baru dilahirkannya, lapor BBC.

Teo Jia Xin, 22 mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mayat bayi itu ditemukan disumbat dalam kotak bijirin dan disembunyikan dalam beg pakaian.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) berkata, Teo mengandung sehingga tempoh penuh dan melahirkan anak pada 4 Mac lalu.

Dia kemudiannya meletakkan bayi itu dalam kotak bijirin dan kemudian meletakkannya di dalam beg plastik yang boleh ditutup dan menyimpannya di dalam beg pakaian.

Pendakwa raya berkata, bayi itu masih hidup selepas dilahirkan dan Teo tahu kanak-kanak itu akan mati selepas dimasukkan ke dalam kotak.

Anggota polis West Midlands dipanggil ke kediaman Teo dua hari selepas dia melawat hospital yang menunjukkan tanda-tanda melahirkan anak.

Ketika disoal kakitangan hospital sama ada dia melahirkan anak, Teo menafikannya.

Bagaimanapun, ketika soal siasat, polis dia kemudian mengaku bersalin.

Juri juga menolak pembelaan Teo bahawa dia mendengar suara mengarahkannya untuk membuang bayi itu.

James Leslie Francis dari CPS berkata Teo, tiba di UK dengan mengetahui bahawa dia mungkin akan melahirkan anak dan berpeluang mendapatkan bantuan, tetapi merahsiakan kehamilannya untuk menghalang sesiapa daripada menemukan bayinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top