“Penyakit Yang Paling Saya Takut Adalah Penyakit Ain” – Elfira Loy

“Penyakit Yang Paling Saya Takut Adalah Penyakit Ain” – Elfira Loy

“Saya percaya pada penyakit ain ni lima peratus sahaja, 10 peratus paling tinggi saya percaya pada kuasa Allah”.

Demikian respons pelakon Elfira Loy mengenai penyakit ain yang menurutnya itu adalah penyakit yang paling ditakutinya.

Kata Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menerusi podcast Sembang Seram baru-baru ini, pada awalnya dia kurang mempercayai kewujudan penyakit tersebut kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kuasa Allah.

Namun begitu, dia akhirnya menyedari bahawa penyakit ‘ain’ itu berpunca daripada rasa dendam yang mendalam terhadap seseorang.

“Penyakit paling seram yang saya takut adalah, penyakit ain. penyakit ain paling saya takut.

“Sebab dia tak ada buat apa-apa kat awak, hanya dengan rasa dalam hati yang sangat-sangat mendalam. Macam cemburu yang sangat-sangat dalam, you akan sakit.

“Macam dulu pun saya tak percaya, tapi saya macam kalau percaya tu lima peratus pada ain, 10 peratus lagi tinggi, saya percaya pada kuasa Allah. Saya tahu Allah ada tu protect us. sebab bukan kita ada niat jahat macam sengaja nak flashy.

“Tapi sebenarnya, tanpa anda buat apa-apa tapi kalau ada seseorang ada rasa yang cemburu sangat-sangat dalam pada awak, dia tengok tapi dia macam cemburu gila dengan awak, maknanya anda boleh kena penyakit ain. Dan, saya pernah kena,” katanya.

Rasa malas, lemah & mudah marah antaran simptom penyakit ain

Tambahnya, antara simptom seseorang terkena penyakit ain adalah mudah merasa malas, marah, lemah termasuklah hubungan rumah tangga juga turut terganggu.

“Penyakit ain ni simptom dia adalah kita akan jadi malas, lemah, marah. Nanti hubungan awak dengan suami pun tak best.

“Macam saya, nasib baiklah bila saya sakit ni saya akan jumpa the right person,” jelasnya.

Elak terkena penyakit ain

Kongsinya lagi, meskipun tidak ada cara yang spesifik untuk mengelak dari terkena penyakit ini, Elfira bagaimanapun menasihatkan agar mana-mana individu mengelak untuk bercerita secara berlebihan dan

“Cara elak terkena penyakit ain ni mungkin boleh mengelakkan daripada jumpa orang yang buat kita. Lagipun kita tak tahu siapa kan yang buat kat kita.

“Macam saya, saya sendiri akan mengelak untuk cerita yang berlebih-lebihan ataupun macam yang kita buat kita balikkan yang benda ni semua adalah milik Allah dan Allah yang berikan semuanya bukan daripada kita.

“Sebab tu apa yang saya kongsikan dekat sosial media ni orang rasa semuanya tapi sebenarnya tidak. Itu paling takut lah.

“Saya pun tak tahu, saya ingatkan kena pergi berjumpa bomoh ke, lepastu baru bagi ”penyakit ain’ sebab aku jeles dekat kau tapi sebenarnya tidak. Itu adalah penyakit manusia yang boleh melemahkan kau, menyakitkan kau.

“Itu lebih seram sebab kau tak tahu macam mana nak ubati penyakit ain ni. Saya sendiri tak tahu macam mana orang ubat,” ujarnya.

 

Scroll to Top