Penyampai radio EraFM didakwa persenda agama Hindu: MCMC serah kertas siasatan kepada DPP esok

Penyampai radio EraFM didakwa persenda agama Hindu: MCMC serah kertas siasatan kepada DPP esok

fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok berhubung satu video mempersendakan agama Hindu.

Video berkenaan dimuatnaik di akaun TikTok milik stesen radio EraFM.

“Susulan kes itu, MCMC sudah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta.

“Rakaman percakapan pihak terbabit dibuat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, MCMC memaklumkan Notis Niat bagi Penggantungan Lesen turun diserahkan kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio ERA FM.

Justeru, suruhanjaya itu menegaskan yang pemegang lesen terbabit diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.

Semalam, penyampai radio slot 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi dilihat mempersendakan tarian kavadi Hindu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top