Kes penyanyi dan pelakon yang dikatakan mencabul seorang remaja perempuan berusia 17 tahun kini bakal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Putrajaya. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan suspek akan didakwa Selasa depan.
Menurut polis, pendakwaan akan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas kesalahan melakukan amang seksual.
Pihak polis dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa serta menjalani ketelusan proses perundangan.- Katanya dalam satu kenyataan.
Bermula dengan perkenalan di kafe…
Untuk rekod, kes ini mula kecoh pada 3 Jun lalu apabila seorang selebriti lelaki ditahan selepas dilaporkan mencabul seorang remaja. Difahamkan, suspek dan mangsa berkenalan di sebuah kafe yang juga merupakan tempat kerja mangsa.
Apa yang lebih mengejutkan, kejadian amang seksual tersebut dikatakan berlaku sewaktu pertemuan pertama mereka di sebuah hotel di Selangor. Remaja berkenaan yang baru berusia 17 tahun dipercayai menjadi mangsa dalam insiden menyedihkan ini.
Pssttt! Kes-kes seperti ini membuka mata kita tentang betapa pentingnya keselamatan dan kesedaran dalam kalangan remaja, terutamanya bila berurusan dengan individu yang dikenali melalui media sosial atau tempat kerja. Semoga mangsa terus kuat dan proses perundangan dapat memberikan keadilan sewajarnya. Kita juga berharap agar masyarakat lebih peka dan tidak cepat menormalisasikan salah laku seksual walau siapa pun pelakunya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!