Penyanyi Dangdut Terpalit Dakwaan Lakukan S*ksual ‘Grooming’ Terhadap Aktor Kanak-Kanak Tampil Bersuara – “Tuduhan Ini Tak Benar & Satu Bentuk Fitnah”

Penyanyi Dangdut Terpalit Dakwaan Lakukan S*ksual ‘Grooming’ Terhadap Aktor Kanak-Kanak Tampil Bersuara – “Tuduhan Ini Tak Benar & Satu Bentuk Fitnah”

Susulan dakwaan viral membabitkan isu seksual ‘grooming’ ke atas seorang aktor kanak‑kanak, penyanyi yang didakwa melakukan perkara terbabit tampil memberikan penjelasan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu bergenre dangdut dan irama tradisional itu membuat kenyataan menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

“Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang masih setia mendoakan dan bagi kata‑kata semangat. Saya sangat hargainya.

“Siasatan sedang dijalankan, segala bukti dikumpulkan dan semua saksi disiasat bagi membantu siasatan,” tulisnya.

Tambah penyanyi itu, dia mendakwa tuduhan yang sedang tersebar adalah sesuatu yang tidak benar serta memohon doa untuk dirinya dan famili.

“Saya ingin menegaskan bahawa segala tuduhan yang sedang tersebar adalah tidak benar dan merupakan satu bentuk fitnah dan tohmahan.

“Saya berharap agar semua kekal tenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Doakan yang baik‑baik untuk saya, isteri dan keluarga,” tulisnya lagi.

Penyanyi itu turut menyertakan ayat Surah al-Baqarah: 191 iaitu ‘Fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan’.

Terdahulu, seorang penyanyi dangdut dan irama tradisional didakwa telah melakukan perbuatan ‘sexual grooming’ terhadap seorang pelakon kanak-kanak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Cium Dahi, Pipi, Hujung Bibir.. Hantar Sticker Gigit B*ntot! Penyanyi Dangdut Didakwa S*ksual ‘Grooming’ Aktor Kanak-Kanak? Ibu Mangsa Spill WhatsApp Tak Senonoh

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di Instagram (IG) bersama ibu mangsa yang mendedahkan perkara tersebut.

Perkongsian tersebut juga turut mendedahkan mesej perbualan di WhatsApp antara penyanyi bersama kanak-kanak lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aktor Kanak-Kanak Mangsa S*ksual ‘Grooming’ Penyanyi Dangdut Tampil Bersuara – “Anak Saya Tak Selesa, Jangan Risau Dia Belum Di S*ntot…”

Memetik laporan Buletin TV3, polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang penyanyi yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan, telah menerima laporan kes berkenaan.

Scroll to Top