“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap,”- Vida

“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap,”- Vida

Sejak kebelakangan ini, penglibatan pengasas kosmetik dan juga personaliti media sosial dalam bidang seni terutamanya nyanyian seakan cendawan tumbuh kerana ada sahaja lagu-lagu yang dibuat bertujuan untuk marketing mereka.

Boleh disimpulkan, kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh mereka terdengar sumbang walaupun liriknya dihasilkan dengan bagus.

Dengan kontroversi yang tidak sudah-sudah, ia sememangnya membuatkan netizen muak serta orang-orang industri yang mendakwa mereka ini sebenarnya perosak industri muzik tempatan.

Terbaharu, usahawan kontroversi yang juga seorang ‘penyanyi’ iaitu Datuk Seri Vida tampil menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan kehadirannya adalah bukan untuk merosakkan industri.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, orang ramai perlu bersifat lebih terbuka dalam memberi ruang dan peluang kepada mana-mana individu yang mahu mengeluarkan lagu sendiri.

“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap. Menyanyi satu, dua lagu kemudian dia menjadi bertambah baik. Saya juga begitu,” katanya.”katanya.

Tambah Vida, tiada penyanyi di Malaysia selain dirinya yang mampu menghasilkan aura luar biasa sehingga ia menjadi popular dengan semula jadi.

“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat ‘spark’ macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral. It’s a serious song dan suara saya sedap.”akui Vida.

Malah, pengasas produk kecantikan Vida Beauty meminta orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka dan tidak memandang rendah terhadap individu yang bernyanyi dengan menggunakan bantuan autotune.

“Tiada ada orang di Malaysia mempunyai benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung. Mereka perlu buka minda untuk menerima benda itu dan menjadikan ia sebagai pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.
“Autotune pun tak kisahlah, gunalah teknologi yang sedia ada,”terang usahawan berusia 51 tahun itu.

Terdahulu, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, mengkritik dan meluahkan kekecewaan apabila industri seni ‘dilacurkan’ oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki dalam dunia nyanyian.

Sumber: Media Hiburan (Juliana Johar)