Penyanyi era 1990-an, Sheqal, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada jam 12.31 tengah hari tadi.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, memetik laporan Harian Metro.
Sheqal atau nama penuhnya Shaharim Salehuddin, 60, telah dimasukkan ke HTJ sejak 4 Jun lalu dan ditidurkan pada 6 Jun.
Sepanjang hayatnya, Sheqal pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Raja Ema dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al Kasyah.
Sementara itu, menerusi perkahwinan bersama Normah, Sheqal mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.
Sumber: Marian Metro




