“Penyanyi Lagenda Itu Orangnya Sangat Lembut, Tak Pernah Tinggi Suara”

“Penyanyi Lagenda Itu Orangnya Sangat Lembut, Tak Pernah Tinggi Suara”

Penyanyi Datuk Awie menyifatkan penyanyi lagenda yang didakwa menyerang Shila Amzah seorang yang sangat lemah lembut dan tidak pernah meninggikan suara.

Memetik Harian Metro, Awie berkata dia mengakui terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara berkenaan serta berharap agar Shila dan penyanyi lagenda tu dapat berbaik.

BACA: “Amy Kau Ceritalah Benda Yang Betul” – Awie

“Setahu saya, dia (penyanyi legenda terbabit) ini memang ‘very soft spoken’ dan orangnya sangat lembut dan tak pernah tinggi suara. Jadi bila dapat tahu dia, saya terperanjat.

“Apapun, saya berharap sangat supaya Shila dan penyanyi legenda itu berbaik semula dan tidak memanjangkan cerita ini. Sebab saya tahu penyanyi legenda itu orangnya jenis bercakap lembut dan Shila pula, tentulah dia wanita,” katanya.

Sementara itu, Awie berkata tindakannya memuat naik kenyataan di media sosial agar pihak yang terbabit tampil memberitahu perkara sebenar kerana dia tertekan namanya dipetik.

“Saya sebenarnya tertekan ketika itu apabila nama saya dikaitkan dalam kemelut yang terjadi walaupun saya tiada di lokasi terbabit ketika sesi latihan berkenaan.

“Bagaimanapun, saya sudah minta maaf kepada penyanyi legenda itu kerana saya pun ‘stress’. Apatah lagi, saya pun terpaksa kena bersihkan nama saya untuk keluarga, isteri dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata penyanyi lagenda itu ada menghubunginya, malah dia turut menawarkan bantuan sekiranya diperlukan.

“Dia (penyanyi legenda) ada hubungi saya dan minta maaf. Tapi, saya cakap kepadanya kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh.

“Saya pun ambil kesempatan mohon maaf kepadanya kerana kenyataan dibuat di Facebook itu disebabkan rasa tekanan kerana insiden antara mereka mengaitkan nama saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top