Hyderabad, India: Penyanyi latar Bollywood terkenal Asha Bhosle meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada Ahad di sebuah hospital di Mumbai akibat kegagalan pelbagai organ, menurut laporan media tempatan.
Penyanyi itu dimasukkan ke Hospital Breach Candy pada Sabtu akibat jangkitan kuman.
“Upacara pengebumian beliau akan diadakan pada petang Isnin di Shivaji Park,” kata anak lelakinya Anand Bhosle.
Bhosle dan kakaknya Lata Mangeshkar, yang meninggal dunia pada 2022 juga pada usia 92 tahun, menghiburkan peminat Bollywood selama beberapa dekad.
Pasangan adik-beradik itu mempunyai gaya nyanyian berbeza, kedua-duanya menikmati populariti yang meluas.
Dilahirkan pada 8 September 1933, beliau merakamkan lebih 12,000 lagu, termasuk ribuan lagu dalam kira-kira 800 filem.
Bhosle diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness pada 2011 sebagai artis dengan jumlah rakaman studio terbanyak.
© New Straits Times Press (M) Bhd




