Tiada angin tiada ribut, seorang penyanyi rap tempatan antara tiga yang ditahan oleh pihak berkuasa Laos.
Ia susulan dakwaan cubaan menyeludup dadah sebanyak 103 bungkusan ke luar negara.
Memetik sumber Utusan Malaysia, penyanyi tersebut ditahan di Lapangan Terbang Wattay bersama dua lagi rakannya.
6 beg dipercayai mengandungi 103 bungkusan
Dalam laporan media Laos, pihak keselamatan Lapangan Terbang negara berkenaan mendapati tiga individu terbabit menimbulkan kecurigaan semasa prosedur pemeriksaan.
Malah, hasil pemeriksaan terhadap enam beg bagasi mendapati pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dengan anggaran sebanyak 86 kilogram.
Difahamkan, suspek kini dalam tahanan dan akan menghadapi pendakwaan mengikut prosedur undang-undang Laos.
Sumber: mStar