Artikel lain: Eddie Hamid terkejut, yakin penyanyi wanita tersohor Kelantan ditahan bersama dadah tak bersalah
Katanya, mereka sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan percaya semua enam individu itu tidak bersalah.
“Kami berharap akan ada keajaiban dalam kes itu dan mereka akan kembali dengan selamat,” katanya.

Kredit Foto: Foto NSTP/Sharifah Mahsinah Abdullah
Dalam pada itu, dia juga menyifatkan keenam-enam individu itu dikhianati oleh ‘rakan sendiri’ dan berdoa agar pelakunya segera ditangkap.
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi kelmarin.
Kesemua mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.

Tangkapan enam individu membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan itu turut menemui 6,000 biji pil kuda
Sumber: Harian Metro (Sharifah Mahsinah Abdullah)




