“Penyebaran Gambar Pelajar Sekolah Adalah Satu Kesalahan Jenayah” – Peguam Zara

“Penyebaran Gambar Pelajar Sekolah Adalah Satu Kesalahan Jenayah” – Peguam Zara

Trending

Peguam Zara tampil bersuara berkenaan beberapa isu tular dikaitkan dengan mangsa.


Peguambela dan peguamcara, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri menerusi satu kenyataan rasmi tampil mengulas beberapa isu viral yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina.

Jelas peguam, dakwaan seorang wanita kononnya Zara dimasukkan dalam mesin basuh adalah satu spekulasi.

BACA: Kes Zara Qairina: Rakaman Audio Asli, Peguam Minta Hentikan Spekulasi Liar Pasal Mesin Basuh

Peguam memohon wanita itu tampil menyerahkan bukti kepada polis untuk siasatan lanjut jika dakwaan benar.

Peguam menjelaskan bahawa ibu Zara sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada sesiapa.

Kenyataan rasmi peguam mengenai hantaran viral dikaitkan dengan Zara Qairina

Tambahnya lagi, penyebaran kronologi yang menggambarkan Zara hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I pada jam 8.00 pagi pada 16.7.2025 juga adalah satu spekulasi. Maklumat itu bukanlah datang daripada ibu Zara Qairina.

Peguam Zara

Dalam kenyataan itu juga, peguam berkata, penyebaran gambar pelajar-pelajar sekolah serta kenyataan negatif terhadap mereka adalah satu kesalahan jenayah.

Pelaku boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Tak cukup dengan gambar, penyebaran maklumat peribadi juga adalah satu kesalahan besar.

Zara
Perkongsian tular di media sosial

Malah, penyebaran senarai nama pelajar yang terlibat juga dikategorikan sebagai satu bentuk pelanggaran undang-undang dan boleh diambil tindakan.

Oleh itu, semua pihak diseru untuk berhenti menyebarkan kandungan berkaitan kes ini di media sosial.

Netizen juga diminta berhenti menyebarkan gambar serta video berkenaan kerana ia boleh menjejaskan emosi anak guam mereka.

Pssttt! Isu melibatkan pelajar bawah umur perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab. Sebarang penyebaran maklumat adalah salah di sisi undang-undang.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top