Pelakon kacak, Fattah Amin memberi nasihat untuk setiap anak-anak di luar sana tentang pentingnya menghargai ibu bapa selagi mereka masih hidup.
Menerusi Tiktok, ibu kepada Fattah berkongsi tentang pemberian hadiah pertama yang dibeli anaknya itu setelah menerima bayaran pertama sebagai seorang pelakon ketika siaran langsung bersama pelakon, Datin Seri Umie Aida.
Ibu awak berkata, bayaran pertama selepas shooting awak belikan dia beg. Tapi ibu awak sayang nak pakai.
Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada

Fattah juga turut memberi pesanan agar anak-anak menghargai ibu bapa yang masih ada di sisi mereka.
Khususnya buat yang masih ada ibu bapa, saya nasihatkan hargai mereka yang berada di depan mata kita ini sebaik-baiknya.
Doa ibu sebagai kunci penyelesaian terbaik

Bukan tu jer, Fattah juga sempat berkongsi pengalamannya sendiri mengenai keberkatan doa daripada seorang ibu.
Katanya, ramai yang berdepan kesusahan dalam hidup tetapi tidak semua memilih untuk meminta bantuan atau doa daripada ibu bapa mereka.
Setiap orang rasa kesusahan dalam hidup dan ada ujian, tetapi tak semua mengambil jalan dengan pergi kepada ibu ayah mereka dan minta doa serta keberkatan.
Penyelesaian yang terbaik datang daripada doa ibu. Itu apa yang saya alami.
Pengalaman Fattah mengharapkan doa ibunya

Bercerita tentang pengalaman peribadinya, Fattah mengakui bahawa dia sendiri pernah berada dalam kebuntuan dan mencari jalan keluar melalui doa ibunya. Baginya, kuasa doa seorang ibu memang luar biasa.
Saya kata dekat ibu, ‘ibu tolong doakan saya dan khususkan doakan ini.’ Selepas ibu doa.. Subhanallah.
#OhmediaNasihat
Menghargai dan berbakti kepada ibu bapa adalah kunci kepada keberkatan dalam hidup. Nasihat Fattah Amin mengingatkan kita bahawa kadangkala, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan meminta doa dan restu ibu bapa, kerana doa mereka mampu membuka jalan yang sukar.
Jadi, buat korang yang masih ada ibu bapa, hargailah mereka dan jangan segan untuk memohon doa dan sokongan mereka.





