Penyerang muda Nigeria tambah sengat Kedah FA

Penyerang muda Nigeria tambah sengat Kedah FA
Adam telah dinilai dalam beberapa siri perlawanan latihan pra-musim dan diberi kepercayaan untuk memimpin jentera serangan skuad Hijau Kuning musim ini. Foto KFA

Adam telah dinilai dalam beberapa siri perlawanan latihan pra-musim dan diberi kepercayaan untuk memimpin jentera serangan skuad Hijau Kuning musim ini. Foto KFA

KEDAH FA terus memperkemas barisan serangannya menjelang Liga A1 Semi-Pro musim 2025–2026 dengan memperkenalkan penyerang muda dari Nigeria, Adam Azeez Arisekola sebagai pemain import kedua pasukan.

Adam berusia 21 tahun mencuri perhatian barisan kejurulatihan selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan bersama PT Athletic FC musim lalu dengan mencetak tujuh gol dalam saingan yang sama.

Pemain itu turut pernah beraksi dalam saingan Nigeria National League bersama Gateway United FC pada musim 2022–2023 dan memperkasa kemahirannya di Akademi Al-Rifaa, Qatar pada 2024 sebelum meneruskan langkah ke Malaysia.

Menurut kenyataan rasmi KFA, Adam telah dinilai dalam beberapa siri perlawanan latihan pra-musim dan diberi kepercayaan untuk memimpin jentera serangan skuad Hijau Kuning musim ini.

Kemasukan Adam menyusuli rekrut pemain tengah dari Ghana, Yakubu Abubakar yang diumumkan lebih awal sebagai pemain import pertama musim ini.

Dengan dua tenaga antarabangsa mengisi posisi kritikal, para penyokong Kedah dijangka menyaksikan nafas baharu dalam corak permainan skuad Hijau Kuning.

Scroll to Top