
Tonggak Perancis, Thibaud Flament (kanan) dan Uini Atonio (kiri) cuba melepaskan diri daripada pemain Afrika Selatan semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint-Denis. – Foto AFP
TUAN rumah Perancis hadir ke pentas ragbi Piala Dunia dengan keyakinan generasi baharu Les Bleus akan meraih kejuaraan sulung di bumi Paris.
Namun berdepan gergasi dunia Afrika Selatan ternyata pengalaman beraksi di pentas kalah mati membezakan kedua-dua pasukan.
Les Bleus bermain di suku akhir fasa kalah mati pertama di bawah Fabien Galthie, tewas 28-29 juga kecewa dengan mutu pengadilan pengadil Ben O’Keeffe.
Ini ditambah dengan senarai penggantian Les Bleus tidak memberi impak penyudah terhadap Springboks di Stade de France.


