
Muda (dua dari kiri) memakai kain batik bersama penyokong bersemangat pergi ke SBNJ beri sokongan pada TFC.
PENYOKONG mengharapkan pemain Terengganu FC (TFC) mampu melakukan aksi terbaik pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala Malaysia meskipun perlu berhadapan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang masih masih rosak dan bertampal.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC), Wan Mohd Hafizul Nik Anuar meluahkan rasa kekecewaan namun tetap optimis bahawa TFC mampu mengatasi rintangan dengan melakar kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia pada malam ini.
“Sebagai penyokong kecewa lah dengan situasi tersebut. Jadi kita harap ada jalan penyelesaian atasi masalah padang rosak itu.
“Saya rasa momentum pemain TFC sangat tinggi. Jadi kami sebagai penyokong mengharapkan suatu keajaiban yang dilakukan TFC supaya dapat memenangi Piala Malaysia pada malam ini.



