Penyokong KL City tak setuju Annuar Musa bawa geng gendang Kelantan ke stadium?

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuala Lumpur City di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bahang antara pertemuan kedua-dua pasukan sudah dirasaikan oleh kedua-dua penyokong apabila masing-masing telah berkongsi keterujaan mereka menyaksikan perlawanan bolasepak tersebut.

Namun, disebalik gelombang penyokong pasukan JDT dan Kuala Lumpur City, ada sesetengah pihak kurang senang dengan tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa apabila dipercayai menjemput kumpulan gendang  Kelantan untuk memeriahkan lagi perlawanan dengan berpihak kepada Kuala Lumpur City.

Perkongsian daripada Annuar Musa juga membuatkan sesetengah warga KL berasa kurang selesa apabila beliau mengatakan bahawa penyokong Kuala Lumpur City datang dari seluruh negeri bahkan dari luar negara.

Jadi, pasukan tersebut adalah milik semua terutamanya warga ibu kota.

Untuk makluman Tan Sri Annuar Musa telah dilantik sebagai presiden Kuala Lumpur United FC berkuatkuasa serta-merta pada Februari lalu. Manakala, Khalid Samad kekal sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Beliau juga dilihat cukup bersemangat menjelang pelawanan tersebut kerana kerap kali memuat naik perkongsian berkenaan Kuala Lumpur City dan memberi peringatan tentang penjagaan prosedur operasi standard (SOP).

 

Sumber: Twitter @klwestside, @AnnuarMusa