Penyokong Leeds baling syiling

Penyokong Leeds baling syiling

LONDON: Leeds bakal berdepan dakwaan oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas pemain Manchester United dibaling objek oleh penyokong lawan di Elland Road malam tadi.

Penyokong Leeds membaling objek ketika United meraikan gol pertama dan ketiga pada aksi United menang 4-2 dengan pemain gantian, Anthony Elanga diberikan rawatan kerana kecederaan di kepala.

FA tampak hampir pasti akan menyiasat selepas pengadil, Paul Tierney mengemukakan laporan perlawanan itu manakala pengurus sementara United, Ralf Rangnick mendakwa Leeds juga akan menyiasat perkara itu.

“Jelas perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku,” kata Rangnick.

Pemain berusia 19 tahun itu dibawa masuk oleh Rangnick hanya tiga minit sebelum insiden berkenaan berlaku.

Bercakap mengenai insiden itu di Sky Sports News, beekas penjaga gol, Paul Robinson berkata: “Kejadian buruk selepas gol itu.

“Saya rasa Anthony Elanga terkena syiling, kecederaan agak teruk di kepala. Satu lagi insiden teruk dapat kita lihat.” – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top