
Yusri Che Lah – Foto Bernama
PERAK FC berhasrat menambah pemain import khususnya di posisi penyerang bagi memperkasakan kekuatan pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia yang dijangka bermula April depan.
Ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah berkata, buat masa ini posisi berkenaan dilihat antara yang kritikal dan bermasalah kepada The Bos Gaurus sepanjang liga berlangsung pada musim ini.
“Kita tidak kecilkan skop pencarian penyerang import ini. Boleh jadi dari benua Amerika Selatan, Eropah, Afrika atau Asia. Kalau dia (penyerang) bagus, tepati kriteria dan bajet mencukupi maka kita akan ambil.
“Kita diberi sembilan slot pemain import, buat masa ini kita telah ada lima (pemain). Jadi, mungkin penambahan akan berlaku dan membabitkan seorang atau dua pemain import,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.



