Perak II, Projek FAM-MSN sama liat

Perak II, Projek FAM-MSN sama liat

bhsukan@bh.com.my

IPOH: Perak FC II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 0-0 menentang skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, di sini, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak buah Syamsul Mohd Saad dilanda kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut manakala ia buat kali ke-10 bagi barisan Yusri Che Lah.

Perlawanan malam tadi boleh dianggap seimbang sepanjang perlawanan meskipun kedua-dua pasukan melancarkan beberapa serangan berbahaya, namun buntu untuk menghasilkan jaringan gol yang diharapkan.

Pun begitu, memasuki 10 minit terakhir perlawanan, tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain pelawat. Keputusan kekal 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top